Kegiatan ekonomi Taman Universiti

Kegiatan ekonomi utama di Taman Universiti ialah perindustrian (makanan dan pembuatan) dan perniagaan runcit (borong, keperluan harian, elektronik, pusat rekreasi dan lain-lain) kerana kepadatan penduduknya serta lokasinya yang terletak di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Pelabuhan Tanjung Pelepas serta kawasan perindustrian yang lain. Taman universiti juga berhampiran dengan hotel (100 bilik ke atas) dan resort golf 18 lubang bertaraf antarabangsa iaitu Pulai Springs Resort. Di samping itu juga, terdapat banyak hotel-hotel bajet untuk keperluan umum. Terdapat banyak juga premis makanan yang terkenal dengan sajian tempatan dan antarabangsa (makanan segera/makanan arab) dan pasar malam setiap hari Jumaat, pusat jualan dan servis kenderaan bermotor dan pelbagai lagi jenis perniagaan lain.